WELCOME TO CEKAL BLOGSPOT [B.R.C] 1992





SMK BATU SAPI


SPM 2009




Create By: STUDENT 5CEKAL

Ahad, 21 September 2008

Kupu-Kupu


Ada kupu-kupu dalam rumah ku
Asyik terbang keliling ke hilir ke hulu
Ku tanya ibuku apakah petanda itu
Ibu beritahu, kalau ikut cakap orang dulu-dulu
Rumah ku ada orang akan datang bertamu

Alahai siapa pula yang mahu
Berkunjung ke pondok buruk ku
Orang jauh beribu batu
Atau orang di sebelah pintu

Jangan-jangan mamak yang aku hutang hari itu
Atau apek karung guni yang bergigi palsu
Takkan si dia pula mahu bertemu ibu
Mampos aku, berkenalan pun baru seminggu
Bin apa, tinggal mana pun aku lom tahu

Hish tersangatlah merepek nya aku
Afsal melalut begitu
Banyak pula songehan melulu
Kan hanya seekor kupu-kupu
Kalau benar ada yang ingin bertemu
Akan ku sambut dengan senyuman manis ku


Nota : Sebenarnya sep hanya ingin menulis untuk perenggan pertama sahaja sebab memang berlaku, tetapi secara spontan idea terkeluar untuk kata-kata di perenggan lain. Jadi kalau dengar macam merepek, memang ianya merepek pun…

.. perenggan ketiga tiada mengena dengan sesiapa pun.. saja-saja tulis bagi suspens...
by: Faizal FT Rast

Tiada ulasan:


Pegawai 4 CekaL

Pegawai 4 CekaL

Mengenai Saya